Tuesday, 4 June 2013

D' Banana Leaf Cyberjaya

Korang pernah makan banana leaf rice tak? Mungkin ya mungkin tidak. Kalau kawan-kawan kita dari kaum India sah-sah la tidak asing lagi kan BLR ni. Saya pun pandai makan BLR masa saya kerja kat Jalan Duta dulu, ada satu restoran banana leaf kat Hartamas yang kitorang selalu pergi lepak-lepak. Cubaan pertama nak bawa Maer pergi try BLR kat situ hampa sebab masa kami pergi tu restoran tutup. That was about a year ago kot.

So, last Sunday, tengah golek-golek kat rumah sambil main telefon, tengok kat wall FB ada cousin update gambar BLR. Eh, macam sedap jugak tu.. Teringat kat Cyberjaya pun ada restoran BLR ni - D' Banana Leaf Restoran, area belah LHDN tu. Terus ajak Maer untuk meneruskan misi dia mencuba BLR sebab seumur hidup dia tak pernah lagi cuba. Ok, let's!

Tak sampai 15 minit kami dah sampai ke Cyberjaya and yes!! D'Banana Leaf opens 24hrs y'all!. Kami masuk dan mengambil tempat yang strategik di bawah kipas. Orang tak ramai pun sebab weekend kan. Maka bemulalah episod saya gelak nak pecah perut..

Mula-mula mereka akan letak daun pisang direct atas meja, tempat kita duduk (daun pisang sahaja ye kawan2, takde nak lapik-lapik pinggan dulu). Masa ni muka Maer dah cuak, macam terkejut dengan aksi tersebut. Saya cakap, "Ye la, nak makan nasi daun pisang kan, hah ni la daunnye. Kenapa?" Maer pun jawab, "ooo.. ingatkan dia lapik daun pisang atas pinggan." Ok, gelak kali pertama di situ.

 Lesson #1: Muka cuak

Kemdian, kita akan disajikan dengan tiga jenis (biasanya la) vege-of-the-day. Lain hari lain jenis sayuran yang mereka masak, so korang jangan la mintak kangkung goreng belacan ke, kailan ikan masin ke. Terima je apa yang mereka serve tu.

Kami dapat sayur kobis, bendi dan apatah yang tengah tu.. labu air kot :p (tak kenal huhu..)

 Basic meal, nasi + sayur + kuah + papadom

Oh, btw BLR ni sepatutnya makanan untuk mereka yang mengamalkan vegetarian diet, tapi untuk kita yang bukan vegan ni boleh la pergi kat kaunter depan tu tengok-pilih-ambil apa lauk yang berkenan di hati. Maka kami terjebak dengan kambing masala, ayam kari dan boneless chicken :D

 
Low carbs diet pun boleh enjoy BLR

Ok, time to eat. Yang si Maer ni baaikkk punya dia angkat mangkuk ayam kari tu letak kat tengah-tengah daun pisang tu. *slap forehead* Hoi, buat apa tu?? Dia pandang tengok saya dengan muka tak bersalah. Hahahaha... Mana ada orang makan macam tu dik oii.. Anggaplah daun pisang tu pinggan, ada ke orang makan dalam mangkuk berlapikkan pinggan makan. Ok, gelak kali kedua! 

Dia pun alihkan la mangkuk tersebut dan mula mencedok lauk ayam kari ke 'pinggan' beliau. Lepas tu terus capai sudu garfu kat sebelah, tapi tak sempat leraikan tisu yang membaluti sudu garfu tu dah kena jerkah lagi sekali LOL! Hoi, mana ada orang makan nasi daun pisang dengan sudu garfu!! (ok, mungkin ada tapi traditionally orang makan pakai tangan/jari laaa). Ahahahaha... gelak lagi kali ketiga. Adoiiii.. sakit perut saya gelakkan ini budak lah. Lepas tu barulah kami dapat makan dengan aman sambil nak tergelak-gelak lagi. Nasib baik la saya tak sempat capture that moment.

Muka tersenyum simpul mengenangkan kejahilan diri. 
 
So korang ada tak yang berpengalaman macam ni? Kalau belum pernah cuba, boleh la pergi cuba dan jangan buat macam apa yang budak ni buat. Hahaha.. Buek malu yo. Kata 1Malaysia, kena lah cuba semua jenis makanan kan..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...